

Najib turut mengumumkan pertukaran nama Pusat Serenti kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspek). Penggunaan metadon bagi mengurangkan ketagihan di kalangan penagih dilihat sangat berkesan dan akan diteruskan bagi mengurangkan jumlah penghuni pusat pemulihan dadah. Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat kebangsaan bahawa dadah sintetik disifatkan sebagai satu bentuk ancaman baru yang amat serius kesannya lebih-lebih lagi ia mudah dihasilkan, mudah diproses walaupun hanya di dapur rumah dan tidak memerlukan makmal yang bersaiz besar.
